Perubahan Maklumat Pembayaran Menggunakan LO

Dengan ini dimaklumkan bahawa terdapat pertukaran nama akaun dan nombor akaun bank bagi 9th National Public Health Conference yang akan berlangsung pada 15-18 Julai 2018 bertempat di Hotel Royale Chulan, Seremban.

Maklumat akaun terkini bagi pembayaran menggunakan Pesanan Kerajaan (LO) adalah seperti berikut:-

Nama Akaun: Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM)

No. Akaun : 14014010088919

Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Menara Bank Islam, Tingkat 18, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur.

Oleh yang demikian, borang pesanan kerajaan yang telah disediakan menggunakan maklumat akaun Persidangan Kesihatan Awam (No. Akaun : 14014010134956) perlu dibatalkan dan dibuka pesanan kerajaan yang baru atas nama akaun yang disebutkan di atas. Kesulitan amatlah dikesali dan demi kelancaran proses pembayaran kelak.

Bagi pembayaran secara deposit tunai dan online banking, kedua-dua akaun bank sama ada Persidangan Kesihatan Awam atau Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia masih boleh digunapakai.

Terima kasih.

Tarikh kemaskini: 16 Mei 2018