Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia No. 47-2, Jalan Putra Permai 1A, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor secretary@pppkam.org.my +603-89413715

Month: November 2019

PENAMBAHBAIKAN SISTEM PERKHIDMATAN KESIHATAN DI MALAYSIA.

Sejak merdeka, rakyat Malaysia bertuah kerana negara kita mempunyai perkhidmatan kesihatan antara yang terbaik di dunia. Perkhidmatan kesihatan kerajaan melaluiKementerian Kesihatan yang komprehensif , liputan yang meluas di seluruh pelusuk negara, berkualiti dan dengankos yang rendah (hampir percuma bagi majoriti rakyat). Disamping pilihan perkhidmatan perubatan swasta yang mudah dan banyak terutamanya di kawasan bandar dan kualiti profesional yang di kawal kerajaan sebagaialternatif kepada perkhidmatan kerajaan.   2.Namun begitu selain cabaran kos dan beban yang sentiasa meningkat dalam memberi perkhidmatan yang baik secara berterusan, perkhidmatan kesihatan di Malaysia kini dihadapkan dengan empat isu utama yang sangat mendesak dan sering dibangkitkan oleh banyakpihak dalam pelbagai media.   3.Empat isu utama tersebut ialah, pertama , laporanJabatan Audit Negara yang mengesahkan bahawakebanyakan fasiliti kesihatan kerajaan mengalami bajetyang sangat tidak mencukupi, bilangan staf dan perjawatan profesional (doktor, ahli farmasi & jururawat) yang tidak bertambah selari dengan pertambahanbebankerja dan pembukaan fasiliti baharu; kedua, bilangan tenaga profesional (doktor, ahli farmasi & jururawat) yang tidak atau lewat mendapat pekerjaan; ketiga , bayaran gaji doktor kontrak yang tidak adil;  keempat, bayaran konsultansi  doktor swasta yang dikawal oleh kerajaan yang masih rendah dan tiadasemakan sejak 27 tahun yang lalu.   4.Kesemua isu di atas bukan sahaja melemahkanpenyampaian perkhidmatan kesihatan tetapi sudah pastimemberi kesan negatif kepada Kerajaan hari ini dan akandatang. Pelbagai inisiatif Kementerian Kesihatan dan YB Menteri Kesihatan seperti pembentukan Majlis PenasihatKesihatan( HAC), perbincangan dalam Majlis TindakanSara Hidup Negara (NACCOL), perundingan denganbadan-badan profesional perubatan & Kesihatan dan pihak industri farmasi, sesi Townhall YB Menteri Kesihatan dengan Pengamal Perubatan Swasta, PegawaiKesihatan Daerah/Bahagian/Kawasan dan PengarahHospital dan lain- lain masih belum mendatangkan solusiserta tindakan yang tuntas untuk mengatasi isu-isu yang dibangkitkan tersebut.    5.Sebenarnya isu dan cabaran – cabaran di atasbukanlah perkara baharu dan tidak pernah di kaji, di jangkakan atau tidak ada perancangan awal. Pelbagaikajian, perancangan, konsultansi tempatan dan luarnegara, seminar &… Read More