Pelantikan Ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) penggal 2019-2021 bagi Program AIDS/ HIV, Malaysia.

Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) sebagai persatuan terbesar yang mewakili Profesional Perubatan Kesihatan Awam di negara ini merasa terpanggil untuk memberi pandangan terhadap isu yang menjadi kontroversi awam akibat kekeliruan fakta atau maklumat yang sengaja di putarbelitkan. Sesuatu yang menjadi trend mutakhir ini yang boleh menggugat kemajuan program pencegahan dan kawalan penyakit di negara ini.

PPPKAM berpegang kepada prinsip universal, dimana dalam merancang dan melaksanakan semua program kesihatan awam peringkat global, nasional dan setempat, tidak harus ada diskriminasi dan “left-out” berdasarkan bangsa, agama, warna kulit, politik, gaya hidup dan sebagainya. Setiap program mestilah bersifat insklusif dan mudah dicapai (inclusiveness & accessible).

Lantikan wakil- wakil kumpulan yang terlibat (MSM, TG, FSW dan PWUD) dan wakil PLHIV man and woman(seramai 7 orang) sebagai ahli CCM bukan perkara baru. Bermula sejak  2009 lagi  KKM mewujudkan CCM atas mandat kabinet yg bersetuju Malaysia menjadi penerima dana Global Fund dan agihan  kepada Malaysia AIDS Council (MAC). Malaysia sebagai penerima dana juga telah memainkan peranan dan sumbangan yang signifikan kepada  agenda pencegahan dan kawalan HIV/AIDS  serantau.

Wakil-wakil CCM ini silih berganti setiap penggal melalui prosedur yang telah ditetapkan. CCM mempunyai wakil- wakil agensi kerajaan KKM, JAKIM, KPWKM, KDN dan AADK, “interfaith organisation”, WHO, dan universiti sebagai ahli. Antara fungsi CCM ialah  meluluskan proposal permohonan  dana Global Fund dan memantau perlaksanaan program pencegahan jangkitan AIDS/ HIV di bawah dana Global Fund. 

Pelantikan ahli CCM yang mewakili golongan- golongan seperti yang dinyatakan, tidak bermakna Kerajaan mahupun KKM mengiktiraf amalan, budaya dan gaya hidup kumpulan tersebut seperti LGBT, perdagangan sex, penagihan dadah dan lain-lain. Sudah menjadi amalan KKM berdasarkan prinsip Kesihatan Awam yang menyeluruh mengambil wakil-wakil pelbagai pemegang taruh (stakeholders) dalam pelbagai jawatankuasa program seperti   Program Gantian Metadon, Penukaran Jarum Suntikan, pemberian kondom dan decriminalization of drug addictions.

Akhir kata, PPPKAM berpandangan isu pelantikan ini tidak perlu disalahtafsir. Usaha-usaha pencegahan dan kawalan terutama HIV/AIDS dan penyakit-penyakit yang melibatkan rakyat tidak akan berjaya dengan retorik, mencicirkan kumpulan terlibat dan kontroversi tanpa faedah. PPPKAM juga menyeru semua kumpulan dan individu yang prihatin kepada kesejahteraan dan kebaikan ummah serta rakyat negara ini sama-sama menggembeleng fikiran, tenaga dan usaha ke arah memberi sumbangan yang signifikan dan impak positif.

DATO’ DR ZAINAL ARIFFIN BIN OMAR 
Presiden
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) 
10 Julai 2019

https://pppkam.org.my/wp-content/uploads/2019/07/KENYATAAN-MEDIA-Pelantikan-Ahli-Country-Coordinating-Mechanism-CCM-penggal-2019-2021.pdf

Similar Posts