|

SOKONGAN PINDAAN AKTA 342

Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) telah mengambil maklum hasil dapatan sesi libat urus serta maklumbalas cadangan untuk pindaan Akta 342. Melalui perbincangan dan pembentangan serta hasil sumbang saran; PPPKAM bersetuju menyokong sepenuhnya pindaan Akta 342 ini untuk dilaksanakan.

Ini adalah berdasarkan pengalaman getir yang telah dihadapi oleh masyarakat dan negara semasa pandemik COVID-19 yang lalu serta mengambilkira kelompongan-kelompongan dalam perlaksanaan Akta tersebut semasa pandemik berkenaan.

Tambah baik serta pindaan dalam Akta merupakan usaha penting yang perlu dilakukan bagi mengelak potensi kegagalan wabak untuk ditangani pada masa akan datang.

Ini juga merupakan keputusan yang dianggap kritikal bagi memastikan kesihatan dan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara serta diberikan perlindungan melalui skop undang-undang seperti mana yang telah termaktub dan dipersetujui untuk dimasukkan di dalam Akta berkenaan.

PROF. MADYA DR. MALINA OSMAN
Setiausaha Kehormat PPPKAM
10 Oktober 2024

Link : SOKONGAN PINDAAN AKTA 342

Similar Posts