ISU PENGGUNAAN PrEP: PENDEKATAN SAINTIFIK DAN STRATEGI PENCEGAHAN, BUKAN GALAKAN KEPADA GEJALA SOSIAL
KENYATAAN MEDIA Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia ingin memberi pencerahan berhubung kegusaran segelintir pihak mengenai penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) dalam Program Pencegahan dan Kawalan HIV di Malaysia. Terdapat dakwaan bahawa pemberian PrEP akan menggalakkan tingkah laku seks songsang dan meningkatkan kes HIV. Pihak kami ingin memperbetulkan persepsi ini berdasarkan fakta perubatan dan bukti saintifik…



