Geran Penyelidikan Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia

Pengenalan

Salah satu objektif Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia adalah untuk mempromosi, membantu dan menyertai aktiviti kajian kesihatan awam dan Pendidikan. Oleh yang demikian,  satu geran penyelidikan akan di buka bermula 1 Jun 2022.

Syarat permohonan

Syarat pemohon dan permohonan adalah seperti berikut:

  1.   Pemohon mestilah seorang ahli PPPKAM (Ahli bersekutu tidak layak)
  2.   Semua jenis kajian adalah dibenarkan. Kajian yang disenaraikan di dalam HRP akan berikan lebih pemberat.
  3.   Permohonan harus di mohon melalui laman sesawang bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2022.
  4.   Setiap permohonan mestilah di sertakan dengan CV setiap ahli kajian
  5.   Kertas cadangan penyelidikan perlu di sertakan semasa membuat permohonan
  6.   Kajian yang memerlukan kelulusan etika harus mendapat kebenaran dari Jawatankuasa etika sebelum kajian di       jalankan
  7.   Kajian harus di tamatkan sebelum 30 Jun 2023

Jumlah geran

Jumlah dan bilangan geran adalah seperti berikut

Jumlah Bilangan 
RM10,000 2
RM5,000 2

Proses Penilaian dan Hebahan

Penilaian permohonan akan dijalankan antara 1 Julai sehingga 15 Julai 2022. Penilaian akan dilakukan oleh penilai dari PPPKAM dan dua orang penilai luar. Hebahan dan senarai permohonan yang Berjaya akan dibuat pada 30 Julai 2022.

Penilaian kemajuan akan di buat setiap 6 bulan. Semasa penilaian kemajuan, permohonan harus menyerahkan laporan kemajuan, senarai perbelanjaan berserta bukti-bukti. Bagi projek yang bermasalah, maka pemohon akan di senarai-hitamkan dari menerima geran penyelidikan di masa depan. 

Hasil kajian

Laporan akhir harus disertakan paling akhir pada bulan ke 12 kajian berjalan. Persembahan semasa konferen PPKAM adalah diwajibkan. Penghargaan terhadap PPPKAM mesti disertakan di setiap penerbitan atau persembahan. Penerbitan dalam jurnal berwasit amatlah di galakkan.