Pra Belanjawan 2020


Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) menyambut baik kenyataan YAB Perdana Menteri berhubung usaha kerajaan untuk meneliti keperluan menstruktur semula sistem pembiayaan kesihatan negara seperti dilaporkan pada 6 Mei 2025. PPPKAM berpandangan bahawa sistem pembiayaan kesihatan negara perlu distrukturkan semula secara menyeluruh demi menjamin kelestarian perkhidmatan, peningkatan kualiti, dan keadilan dalam akses kepada rawatan…
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Ahli Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) dan Pakar Perubatan Kesihatan Malaysia (PPKA), Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) sedang menjalankan tinjauan untuk memahami keperluan, harapan dan cadangan anda sebagai Pakar Perubatan Kesihatan Awam (PPKA). Maklum balas anda akan membantu Persatuan dalam memperkasakan dan membangunkan program dan aktiviti…
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) menolak pandangan bahawa sukar bagi kerajaan untuk mengharamkan vape seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. Alasan bahawa industri ini besar dan melibatkan anak muda tidak boleh dijadikan sebab untuk membiarkan vape terus berleluasa. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri…
Ahli Majlis Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua-Ketua Sub Bidang Perubatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah dilantik berkuatkuasa pada 28 Julai 2025 sehingga 27 Julai 2027.
Sejak merdeka, rakyat Malaysia bertuah kerana negara kita mempunyai perkhidmatan kesihatan antara yang terbaik di dunia. Perkhidmatan kesihatan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan yang komprehensif , liputan yang meluas di seluruh pelusuk negara, berkualiti dan dengan kos yang rendah (hampir percuma bagi majoriti rakyat). Disamping pilihan perkhidmatan perubatan swasta yang mudah dan banyak terutamanya di kawasan…
