{"id":362,"date":"2020-01-10T08:57:00","date_gmt":"2020-01-10T08:57:00","guid":{"rendered":"https:\/\/pppkam.org.my\/?p=362"},"modified":"2020-01-10T08:59:20","modified_gmt":"2020-01-10T08:59:20","slug":"kenyataan-media-bantahan-rasmi-kepada-kementerian-perumahan-dan-kerajaan-tempatan-kpkt-berkaitan-kawasan-merokok-di-tempat-awam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/pppkam.org.my\/kenyataan-media-bantahan-rasmi-kepada-kementerian-perumahan-dan-kerajaan-tempatan-kpkt-berkaitan-kawasan-merokok-di-tempat-awam\/","title":{"rendered":"KENYATAAN MEDIA: BANTAHAN RASMI KEPADA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) BERKAITAN KAWASAN MEROKOK DI TEMPAT AWAM"},"content":{"rendered":"

1.\tPihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan tempat- tempat awam sebagai Tempat Dilarang Merokok selaras dengan Artikel 8 World Health Organization Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC).<\/p>\n

2.\tArtikel 8 WHO FCTC adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok. Di bawah Artikel 8 WHO FCTC semua negara parti telah bersetuju agar garispanduan berkaitan larangan merokok dipatuhi.<\/p>\n

3.\tDi bawah garispanduan tersebut semua negara parti perlu mematuhi prinsip utama berkaitan perlindungan seratus peratus (100%) terhadap bahaya asap rokok. Negara parti hendaklah memastikan bahawa semua tempat-tempat yang diwartakan tidak menyediakan tempat merokok.<\/p>\n

4.\tOleh yang demikian gabungan 57 badan professional dan badan bukan kerajaan yang disenaraikan menyokong tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menguatkuasakan larangan merokok di semua premis makanan.<\/p>\n

5.\t Kita sangat jelas di bawah Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pihak KKM telah mewartakan hanya sebanyak 23 tempat sebagai tempat dilarang merokok. Perokok dilarang merokok pada tempat-tempat tersebut dan mereka boleh merokok di kawasan-kawasan yang tidak diwartakan yang sangat luas di seluruh negara.<\/p>\n

6.\tKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil langkah dalam menyokong pewartaan tersebut dengan menyediakan kawasan merokok di Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Pihak kami tidak bersetuju dengan penyediaan kawasan merokok tersebut. Tambahan lagi peruntukan sebanyak RM 1 Juta akan diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan.<\/p>\n

7.\tGabungan badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) ini bersetuju dengan usaha KPKT dan KKM untuk menyediakan tempat pembuangan puntung rokok. Namun demikian, tempat pembuangan puntung rokok adalah sangat berbeza dengan penyediaan kawasan merokok. Perbezaan di antara tempat pembuangan puntung rokok dan kawasan merokok adalah sangat jelas, di mana tempat pembuangan puntung rokok adalah hanya untuk membolehkan perokok merokok tanpa menjejaskan alam sekitar dengan membuang puntung rokok merata-rata, manakala kawasan merokok adalah seolah-olah menjadi kawasan rekreasi dan menampakkan seperti menggalakkan perokok untuk merokok.<\/p>\n

8.\tGabungan 57 badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) ini membantah perkara tersebut di atas sebab-sebab berikut :<\/p>\n

\u2022\tMerokok adalah budaya yang tidak sihat. Merokok dapat memberi kesan negatif kepada perokok, orang di sekeliling dan persekitaran. Malah pihak berkuasa agama juga memfatwakan merokok sebagai haram bagi muslim. Jadi tindakan KPKT dapat memberi mesej yang bertentangan dengan budaya hidup sihat dan fatwa pihak berkuasa agama Islam serta memberi sokongan kepada amalan tidak sihat tersebut<\/p>\n

\u2022\tHasil tinjauan yang dilakukan oleh Public Health Malaysia di Facebook pada 8 Januari 2020 menunjukkan 93% daripada 12,000 netizen menolak tindakan mendirikan kawasan khas larangan merokok bersebelahan restoran dan tempat awam.<\/p>\n

\u2022\tTiada keperluan untuk mengadakan kawasan merokok kerana mereka masih boleh merokok di mana-mana tempat selain 23 tempat yang telah diwartakan;<\/p>\n

\u2022\tKawasan merokok yang berada di tengah-tengah tempat awam seperti yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan memberikan gambaran \u201cre-normalization\u201d di mana generasi muda akan beranggapan bahawa merokok adalah sesuatu yang diterima masyarakat dan ia tidak selari dengan hasrat agar Malaysia dapat mencapai sebuah negara dengan budaya tidak merokok;<\/p>\n

\u2022\tMenjadikan kesukaran untuk mencetuskan \u201cintention to quit\u201d atau keinginan untuk berhenti merokok kerana kemudahan merokok yang disediakan;<\/p>\n

\u2022\tMasalah pembuangan puntung rokok masih tidak dapat diatasi kerana melalui kajian dan pemerhatian perokok akan masih membuang puntung rokok secara merata;<\/p>\n

\u2022\tPeruntukan RM 1 juta yang telah diumumkan oleh pihak KPKT tidak sepatutnya digunakan untuk penyediaan tempat merokok hanya bagi memuaskan hati 20% populasi yang merokok. Sebaliknya wang tersebut sepatutnya digunakan untuk kegunaan peruntukan bagi mengubati perokok atau penyakit yang disebabkan oleh rokok atau meningkatkan kemudahan awam yang bermanafaat kepada ramai rakyat.<\/p>\n

9.\tOleh yang demikian kami menggesa pihak KPKT agar perlaksanaan kawasan merokok ditarik semula dan perbincangan teknikal antara KPKT dengan pertubuhan serta rakyat dibuat dengan segera.<\/p>\n

\u201cBERBAKTI KE ARAH KESEJAHTERAAN MASYARAKAT\u201d<\/p>\n

Ikhlas,<\/p>\n

DATO\u2019 DR. ZAINAL ARIFFIN BIN OMAR
\nPresiden
\nPersatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia
\n10 Januari 2020<\/p>\n

PERSATUAN :
\n1.\tPersatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM)
\n2.\tPersatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM)
\n3.\tMajlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC)
\n4.\tPM PINTAR
\n5.\tMalaysian Thoracic Society
\n6.\tDiabetes Malaysia
\n7.\tKesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM)
\n8.\tPEMADAM
\n9.\tPertubuhan Ayah Jangan Merokok
\n10.\tAsthma Malaysia
\n11.\tPHM
\n12.\tDelegation of Nurses
\n13.\tMyWATCH : Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau & Kesihatan
\n14.\tGen M : generasi millenia
\n15.\tPersatuan Kesihatan IKRAM MALAYSIA (IKRAM Health)
\n16.\tPersatuan Mesra Pengguna Malaysia
\n17.\tIni Sains Beb (Persatuan Penggiat Sains Malaysia)
\n18.\tIkatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)
\n19.\tMedical Mythbusters Malaysia
\n20.\tPersatuan Pemulihan Sultan Azlan Shah
\n21.\tPersatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA)
\n22.\tGerontological Association of Malaysia (GEM)
\n23.\tPersatuan Alumni Perubatan Universiti Malaya
\n24.\tMalaysia Laryngectomee Association (MLA)
\n25.\tPersatuan Pendidikan Dan Penyelidikan Untuk Pengguna-Pengguna Pahang
\n26.\tPersatuan Farmasi Malaysia
\n27.\tAkademi Farmasi Malaysia (MAP)
\n28.\tPertubuhan Penyelidikan dan dasar Pendidikan Tinggi (PENDAPAT)
\n29.\tMalaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA)
\n30.\tMajlis Ekonomi Halal Malaysia
\n31.\tPertubuhan Memperkasa Wanita Malaysia
\n32.\tPertubuhan Permuafakatan Taman Sejati Gombak
\n33.\tPertubuhan MY Wangsa Maju
\n34.\tAsean Rohingya Center (ARC)
\n35.\tKRT Rasah Tengah, Seremban
\n36.\tPenang Consumers Protection Association
\n37.\tPersatuan Suara Konsumer Sarawak
\n38.\tMedical Tweet Malaysia (MedTweetMY)
\n39.\tPersatuan Pengguna Pulau Penang (CAP)
\n40.\tPertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN)
\n41.\tGabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA)
\n42.\tPersatuan Perlindungan Pengguna Negeri Sembilan
\n43.\tMalaysian Association for Adolescent Health (MAAH)
\n44.\tPertubuhan Green Lung Malaysia
\n45.\tPertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS)
\n46.\tPersatuan Pengguna Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia
\n47.\tPersatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM)
\n48.\tAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
\n49.\tPersatuan Pegawai Pendidikan Kesihatan Malaysia
\n50.\tMalaysian Nurses Association (MNA)
\n51.\tDoktorBudak
\n52.\tPersatuan Pencegahan Tuberkulosis Kelantan (MAPTB Kelantan)
\n53.\tMalaysian Association of Environmental Health (MAEH)
\n54.\tIslamic Medical Association of Malaysia (IMAM)
\n55.\tPersatuan Islam Fakulti Perubatan UMS (PERFUMES)
\n56.\tFamily Medicine Association of USM (FAMOUS)
\n57.\tPersatuan Rekreasi Negeri Kelantan<\/p>\n\n\n