RMK-13 PERLU DIPERKUKUH DENGAN PENDEKATAN BERTERASKAN KESAKSAMAAN DAN PENENTU SOSIAL KESIHATAN
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) menyambut baik dan menyokong penuh inisiatif-inisiatif kesihatan yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) bagi tempoh 2026-2030. Kerangka RMK-13 yang bertemakan “Melakar Semula Pembangunan” mencerminkan komitmen padu kerajaan untuk tidak hanya memacu ekonomi, tetapi juga mengangkat darjat dan mutu kehidupan rakyat, selaras dengan prinsip teras kesihatan awam….