|

MEMOHON PERTIMBANGAN SEMULA MENGEMBALIKAN KOMPONEN DASAR GENERASI TANPA TEMBAKAU (GEG) DALAM RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK MEROKOK UNTUK KESIHATAN AWAM.

Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) berasa amat kecewa dan memohon pertimbangan semula keputusan Kabinet Malaysia baru-baru ini untuk memisahkan Dasar Generasi Tanpa Tembakau (GEG) daripada Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam. Keputusan yang disarankan oleh Peguam Negara atas alasan GEG itu tidak mengikut perlembagaan, merupakan langkah mundur yang serius dalam usaha memperkasakan kesihatan awam di negara ini….