Program Mentoring PPPKAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Ahli PPPKAM,
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) dengan sukacitanya memperkenalkan inisiatif Program Mentoring Sukarela.
Program ini bertujuan untuk menyokong pembangunan kepimpinan profesional dan peribadi dalam kalangan pakar kesihatan awam (PPKA).
Program ini terbuka kepada semua ahli PPPKAM, khususnya mereka yang berada dalam fasa perkembangan kerjaya dengan pengalaman antara 5 hingga 15 tahun (atau lebih) dalam perkhidmatan dan yang berminat untuk mendapatkan bimbingan daripada mentor berpengalaman.
Sekiranya anda berminat, sila lengkapkan borang penyertaan di pautan berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSect0gflp0wACQHF1KRuv2WpUgRNtUQGWqCANRjQd5a7MfNdA/viewform
Klik di SINI untuk brosur rujukan berkaitan program mentoring ini.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami melalui secretary@pppkam.org.my atau talian 03-89578992.
Terima kasih.
DR. WAFAAK BINTI ESA
Setiausaha Kehormat
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia

Similar Posts