KENYATAAN MEDIA: BANTAHAN RASMI KEPADA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) BERKAITAN KAWASAN MEROKOK DI TEMPAT AWAM

1. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan tempat- tempat awam sebagai Tempat Dilarang Merokok selaras dengan Artikel 8 World Health Organization Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC).

2. Artikel 8 WHO FCTC adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok. Di bawah Artikel 8 WHO FCTC semua negara parti telah bersetuju agar garispanduan berkaitan larangan merokok dipatuhi.

3. Di bawah garispanduan tersebut semua negara parti perlu mematuhi prinsip utama berkaitan perlindungan seratus peratus (100%) terhadap bahaya asap rokok. Negara parti hendaklah memastikan bahawa semua tempat-tempat yang diwartakan tidak menyediakan tempat merokok.

4. Oleh yang demikian gabungan 57 badan professional dan badan bukan kerajaan yang disenaraikan menyokong tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menguatkuasakan larangan merokok di semua premis makanan.

5. Kita sangat jelas di bawah Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pihak KKM telah mewartakan hanya sebanyak 23 tempat sebagai tempat dilarang merokok. Perokok dilarang merokok pada tempat-tempat tersebut dan mereka boleh merokok di kawasan-kawasan yang tidak diwartakan yang sangat luas di seluruh negara.

6. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil langkah dalam menyokong pewartaan tersebut dengan menyediakan kawasan merokok di Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Pihak kami tidak bersetuju dengan penyediaan kawasan merokok tersebut. Tambahan lagi peruntukan sebanyak RM 1 Juta akan diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

7. Gabungan badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) ini bersetuju dengan usaha KPKT dan KKM untuk menyediakan tempat pembuangan puntung rokok. Namun demikian, tempat pembuangan puntung rokok adalah sangat berbeza dengan penyediaan kawasan merokok. Perbezaan di antara tempat pembuangan puntung rokok dan kawasan merokok adalah sangat jelas, di mana tempat pembuangan puntung rokok adalah hanya untuk membolehkan perokok merokok tanpa menjejaskan alam sekitar dengan membuang puntung rokok merata-rata, manakala kawasan merokok adalah seolah-olah menjadi kawasan rekreasi dan menampakkan seperti menggalakkan perokok untuk merokok.

8. Gabungan 57 badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) ini membantah perkara tersebut di atas sebab-sebab berikut :

• Merokok adalah budaya yang tidak sihat. Merokok dapat memberi kesan negatif kepada perokok, orang di sekeliling dan persekitaran. Malah pihak berkuasa agama juga memfatwakan merokok sebagai haram bagi muslim. Jadi tindakan KPKT dapat memberi mesej yang bertentangan dengan budaya hidup sihat dan fatwa pihak berkuasa agama Islam serta memberi sokongan kepada amalan tidak sihat tersebut

• Hasil tinjauan yang dilakukan oleh Public Health Malaysia di Facebook pada 8 Januari 2020 menunjukkan 93% daripada 12,000 netizen menolak tindakan mendirikan kawasan khas larangan merokok bersebelahan restoran dan tempat awam.

• Tiada keperluan untuk mengadakan kawasan merokok kerana mereka masih boleh merokok di mana-mana tempat selain 23 tempat yang telah diwartakan;

• Kawasan merokok yang berada di tengah-tengah tempat awam seperti yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan memberikan gambaran “re-normalization” di mana generasi muda akan beranggapan bahawa merokok adalah sesuatu yang diterima masyarakat dan ia tidak selari dengan hasrat agar Malaysia dapat mencapai sebuah negara dengan budaya tidak merokok;

• Menjadikan kesukaran untuk mencetuskan “intention to quit” atau keinginan untuk berhenti merokok kerana kemudahan merokok yang disediakan;

• Masalah pembuangan puntung rokok masih tidak dapat diatasi kerana melalui kajian dan pemerhatian perokok akan masih membuang puntung rokok secara merata;

• Peruntukan RM 1 juta yang telah diumumkan oleh pihak KPKT tidak sepatutnya digunakan untuk penyediaan tempat merokok hanya bagi memuaskan hati 20% populasi yang merokok. Sebaliknya wang tersebut sepatutnya digunakan untuk kegunaan peruntukan bagi mengubati perokok atau penyakit yang disebabkan oleh rokok atau meningkatkan kemudahan awam yang bermanafaat kepada ramai rakyat.

9. Oleh yang demikian kami menggesa pihak KPKT agar perlaksanaan kawasan merokok ditarik semula dan perbincangan teknikal antara KPKT dengan pertubuhan serta rakyat dibuat dengan segera.

“BERBAKTI KE ARAH KESEJAHTERAAN MASYARAKAT”

Ikhlas,

DATO’ DR. ZAINAL ARIFFIN BIN OMAR
Presiden
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia
10 Januari 2020

PERSATUAN :
1. Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM)
2. Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM)
3. Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC)
4. PM PINTAR
5. Malaysian Thoracic Society
6. Diabetes Malaysia
7. Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM)
8. PEMADAM
9. Pertubuhan Ayah Jangan Merokok
10. Asthma Malaysia
11. PHM
12. Delegation of Nurses
13. MyWATCH : Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau & Kesihatan
14. Gen M : generasi millenia
15. Persatuan Kesihatan IKRAM MALAYSIA (IKRAM Health)
16. Persatuan Mesra Pengguna Malaysia
17. Ini Sains Beb (Persatuan Penggiat Sains Malaysia)
18. Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)
19. Medical Mythbusters Malaysia
20. Persatuan Pemulihan Sultan Azlan Shah
21. Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA)
22. Gerontological Association of Malaysia (GEM)
23. Persatuan Alumni Perubatan Universiti Malaya
24. Malaysia Laryngectomee Association (MLA)
25. Persatuan Pendidikan Dan Penyelidikan Untuk Pengguna-Pengguna Pahang
26. Persatuan Farmasi Malaysia
27. Akademi Farmasi Malaysia (MAP)
28. Pertubuhan Penyelidikan dan dasar Pendidikan Tinggi (PENDAPAT)
29. Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA)
30. Majlis Ekonomi Halal Malaysia
31. Pertubuhan Memperkasa Wanita Malaysia
32. Pertubuhan Permuafakatan Taman Sejati Gombak
33. Pertubuhan MY Wangsa Maju
34. Asean Rohingya Center (ARC)
35. KRT Rasah Tengah, Seremban
36. Penang Consumers Protection Association
37. Persatuan Suara Konsumer Sarawak
38. Medical Tweet Malaysia (MedTweetMY)
39. Persatuan Pengguna Pulau Penang (CAP)
40. Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN)
41. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA)
42. Persatuan Perlindungan Pengguna Negeri Sembilan
43. Malaysian Association for Adolescent Health (MAAH)
44. Pertubuhan Green Lung Malaysia
45. Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS)
46. Persatuan Pengguna Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia
47. Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM)
48. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
49. Persatuan Pegawai Pendidikan Kesihatan Malaysia
50. Malaysian Nurses Association (MNA)
51. DoktorBudak
52. Persatuan Pencegahan Tuberkulosis Kelantan (MAPTB Kelantan)
53. Malaysian Association of Environmental Health (MAEH)
54. Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM)
55. Persatuan Islam Fakulti Perubatan UMS (PERFUMES)
56. Family Medicine Association of USM (FAMOUS)
57. Persatuan Rekreasi Negeri Kelantan

Similar Posts