|

PENGHARGAAN KEPADA JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA

Pada tanggal 2-4 Ogos 2016, Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah menganjurkan Persidangan Kesihatan Awam Kebangsaan ke-8 bertempat di Hotel Equatorial Melaka. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron. Persidangan kali ini dihadiri lebih 600 orang terdiri daripada peserta, penceramah, pembentang dan ahli jawatankuasa.
Bermula dengan bengkel pra-persidangan dan diikuti dengan 3 pembentangan plenari, 16 pembentangan simposium, 44 pembentangan lisan, 112 pembentangan poster dan diakhiri dengan Majlis Penganugerahan Tokoh Kesihatan Awam Malaysia dan Majlis Penganugerahan Felo Kesihatan Awam Malaysia. Sebanyak 156 abstrak sepanjang Persidangan ini berlangsung telah diterbitkan oleh Malaysian Jornal of Public Health Medicine Volume 16 (Supplement 4) 2016.
Sebagai tanda menghargai kerjasama yang diberikan oleh semua kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia telah menghadiahkan sebuah 32”Full HD Digital Display dalam Majlis Perhimpunan Pagi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Bil 12/2016 bertempat di Tingkat 4, Wisma Persekutuan, MITC, Melaka pada 21 Disember 2016. Hadiah telah disampaikan oleh Dr Mahanim binti Md Yusof selaku Ahli Majlis PPPKAM kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Yg Bhg Datuk Dr. Ghazali bin Othman.

Similar Posts