|

Thailand-Malaysia Border Health Leptospirosis Seminar 2016

Pada 25 – 27 Oktober 2016 baru-baru ini, Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Cawangan Perak, dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menganjurkan Thailand-Malaysia Border Health Leptospirosis Seminar 2016, dengan tema: Partnership in Leptospirosis Management

di Mh Hotel, Ipoh. Seminar ini diadakan sebagai susulan dari hasil Mesyuarat The 24th Border Health Goodwill Committee Meeting yang telah diadakan pada bulan Mei 2016 yang lalu. Border Health Goodwill Committee Meeting adalah satu mesyuarat yang diadakan setiap tahun di antara negeri-negeri di Utara Semenanjung (Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan) yang bersempadan wilayah-wilayah Selatan Negara Thailand (Satun, Songkhla, Yala dan Narathiwat). Mesyuarat ini mempunyai agenda yang berstruktur tertentu di mana isu-isu penyelarasan dalam aspek kawalan penyakit berjangkit, pemindahan pesakit antara hospital, keselamatan produk makanan dan ubat2an, serta lain-lain isu semasa yang perlu ditangani bersama.

Seminar Leptospirosis merupakan seminar yang julung-julung kalinya diadakan dalam meningkatkankan lagi perkongsian maklumat dan perkembangan terkini aspek pencegahan dan kawalan, ujian makmal dan rawatan kes leptospirosis. Perkongsian ini tidak hanya meliputi tajuk-tajuk klinikal dalam mengendalikan kes manusia tetapi juga meliputi perkongsian maklumat mengenai Leptospirosis di kalangan haiwan, yang disampaikan oleh para cendiakiawan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan kajian2 berkaitan oleh pihak Universiti dari kedua-dua negara. Hakikatnya, negeri2 sempadan Malaysia-Thailand terus menghadapi masalah penyakit leptospirosis kerana terdapat perumah haiwan (bukan hanya tikus) yang boleh mencemarkan persekitaran kita dengan leptospira. Ini termasuk haiwan-haiwan liar dan haiwan-haiwan peliharaan termasuk lembu, kerbau, kambing, anjing, kucing dsbnya. Bakteria lepstospira ini juga agak kental dan mampu hidup didalam persekitaran. Ini menyebabkan ianya sukar dikawal.

Buat masa ini pencegahan diri dengan menggunakan peralatan pelindungan diri daripada terdedah kepada risiko jangkitan bakteria leptospira merupakan langkah utama pencegahan.

Pihak PPPKA dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa dan semua pihak yang turut menjayakan penganjuran seminar ini dengan jayanya. Seminar ini bukan sahaja telah banyak berkongsi ilmu berhubung dengan penyakit leptospirosis tetapi juga telah merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara kedua-dua Negara.

 

Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Cawangan Perak

[envira-gallery id=”142″]

Similar Posts