|

KENYATAAN BERSAMA: SOKONGAN TERHADAP PENGUATKUASAAN AKTA KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2024 (AKTA 852) DARIPADA 24 ORGANISASI KESIHATAN

KENYATAAN BERSAMA

SOKONGAN TERHADAP PENGUATKUASAAN AKTA KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2024 (AKTA 852)

Kami, yang bertandatangan di bawah, mewakili pelbagai organisasi kesihatan dan masyarakat, dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Kami mengalu-alukan perubahan dan penambahan peraturan yang terkandung dalam akta ini, terutamanya yang meliputi semua produk tembakau tanpa pengecualian. Langkah ini termasuk kawalan ke atas produk vape yang direka khusus untuk menarik minat kanak-kanak dan remaja melalui perisa menarik dan pembungkusan yang berwarna-warni.

Kami menyokong berdasarkan faktor-faktor berikut:

  1. Perlindungan Generasi Muda: Penguatkuasaan akta ini akan membantu menghalang akses kanak-kanak dan remaja kepada produk tembakau dan vape, seterusnya melindungi mereka daripada risiko kesihatan jangka panjang.
  2. Mengawal Produk Vape yang Menarik Minat Kanak-Kanak: Kami menyokong larangan ke atas pemasaran dan penjualan produk vape yang direka untuk menarik minat golongan muda melalui perisa manis dan reka bentuk yang menarik
  3. Peningkatan Kesihatan Awam: Kawalan yang lebih ketat ke atas semua produk tembakau akan menyumbang kepada pengurangan kadar merokok dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus meningkatkan tahap kesihatan awam secara keseluruhan.
  4. Pematuhan Antarabangsa: Tindakan ini selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC), menunjukkan dedikasi negara dalam menangani isu tembakau di peringkat global.

Kami menyeru kepada:

Semua Pihak Berkepentingan:
Bekerjasama dalam memastikan penguatkuasaan akta ini berjalan lancar dan berkesan.

Masyarakat Umum:
Menyokong inisiatif ini demi kesihatan dan kesejahteraan generasi kini dan akan datang.

Kerajaan dan Agensi Penguatkuasaan:
Melaksanakan penguatkuasaan secara tegas dan konsisten, termasuk pendidikan kesihatan dan perubahan tingkah laku, dan lain-lain program kesedaran.

Kami yakin, dengan menyokong penguatkuasaan Akta 852, kerajaan sedang mengambil langkah yang tepat membawa masyarakat terutama generasi masa depan menjadi lebih sihat dan bebas daripada bahaya produk tembakau. Kami komited untuk terus bekerjasama dalam usaha ini dan berharap agar semua lapisan masyarakat turut serta dalam menjayakannya.

Ditandatangani oleh:

  • Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM)
  • Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Johor(PPKAJ)
  • Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam Perak (PDPKAP)
  • Pertubuhan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Pahang
  • Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Negeri Melaka
  • Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC)
  • Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA)
  • Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM)
  • Persatuan Perubatan Keluarga USM, Malaysia (FAMOUS)
  • Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  • Persatuan Muslimah Prihatin Pengerang (PMPP)
  • Pertubuhan Pembangunan Anak Perlis
  • Persatuan Penduduk Sena Jaya
  • Kelab Sukan & Kebajikan PKD Kota Setar
  • Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Kedah
  • Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK)
  • TheInternational Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ)
  • Pertubuhan Sahabat Habib
  • SK Bagan Datoh
  • Malaysian Academy of Pharmacy (MAP)
  • Malaysian Alliance of Civil Society Organisations (MACSA)
  • Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Untuk Pengguna-Pengguna Pahang
  • Malaysian Pharmacists Society
  • Kelab Sukan Dan Kebajikan Melaka Tengah

Download pdf : Kenyataan Bersama Mengenai Sokongan Terhadap Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852)

Similar Posts